PSS SMK Inderapura mula beroperasi sejak pembukaan sekolah iaitu pada Januari 2005.
Sebagai sebuah sekolah yang baru SMKI mempunyai komplek bangunan yang lengkap memuatkan ruang untuk PSS yang luas dan selesa.
Sungguhpun ia dimulakan dengan satu bilik yang kosong dan serba kekurangan namun berkat kesungguhan ahli-ahlinya yang bekerja keras untuk menyediakan ruang belajar yang lengkap, akhirnya PSS SMKI tampil sebagai sebuah tempat yang amat sering dikunjungi oleh para pelajar dan guru.
Dengan awalnya hanya ada beberapa rak, meja dan alat keperluan yang lain PSS telah dibekalkan dengan buku-buku dan lain-lain keperluan yang asas bagi sebuah PSS.
Pn. Habibah Bt Idrus telah dilantik untuk menguruskan PSS SMKI sejak awal pembukaannya pada tahun 2005 hingga kini.
VISI
MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
MISI
MENJADIKAN PSS SMKI SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT.MENJADIKAN PSS SMKI CERIA, MENARIK, BERTEKNOLOGI TERKINI DAN SESUAI UNTUK P&P
MOTO
PUSAT SUMBER SMK INDERAPURA KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA
MATLAMAT
- Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah
- Membantu meningkatkan tahap profesionalisma guru-guru supaya lebih berilmu , dinamik , kreatif dan inovatif
- Membentuk golongan murid yang berilmu , dinamk , kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjan hayat
OBJEKTIF
- Menyediakan bahan dan buku bagi membantu guru dan murid melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran.
- Menyediakan bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri dikalangan murid.
- Membantu guru dan murid melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
- Mewujudkan satu iklim atau suasana yang dapat menggalakkan perubahan sikap di kalangan murid dan guru.
- Memupuk kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan mencari maklumat.
- Mengembangkan keyakinan diri kepada murid.
- Menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca dan menyiasat melalui sumber.
No comments:
Post a Comment