Monday, 24 December 2012

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Lewat 1990 an, wujud keperluan mendirikan sebuah sekolah menengah harian biasa di bandar Jerantut ekoran tambahan pelajar yang mendadak di SMK Jerantut dan SMK. Temin. Awal abad ke 21, satu tapak telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut. 

Terletak di km 1 Jalan Jerantut-Benta, kerja-kerja mendirikan bangunan bermula pada awal 2002. Setelah pelbagai halangan ditempuhi, MTD construction berjaya menyiapkan satu kompleks bangunan yang menarik siap dibina pada akhir 2004. 

Pada 16 Nov 2004, 3 orang guru telah dilantik sebagai Penolong Kanan 1 (Care taker), Puan Rusma Bt. Md Taha, GPK Hem, En Ibrahim Bin Puteh dan GPK Koko, En Anwar Bin Osman. Memulakan operasi tugas di PPD Jerantut bagi persiapan sesi persekolahan 2005. 

2 Januari 2005 SMK Inderapura mula beroperasi dengan tenaga pengajar seramai 24 orang, staf sokongan 3 orang dan murid seramai 411 orang. Semua murid adalah pelajar dari sekolah berhampiran iaitu SMK Jerantut dan SMK Temin. 

Kemudahan asas sekolah adalah terbaik. Kini setelah hampir 6 tahun menjalankan peranannya, SMK Inderapura dipimpin oleh pengetua yang pertama, Puan Rusma Bt. Md Taha dan dibantu oleh 59 orang tenaga pengajar dan 12 orang staf sokongan .SMK Inderapura kini setanding dengan sekolah-sekolah yang lain. 

Sehingga kini, seramai 687 orang murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 termasuk 16 orang murid yang mengambil kelas pendidikan khas. 

Murid-murid yang belajar di SMK Inderapura datang dari kawasan sekitar seperti Kg Melayu, Perumahan LKNP, Kg Mat Kilau, Perumahan Batu 1 dan Batu 2, Taman perumahan sekitar serta dari kampung tradisional seperti Kampung Latar Kasah dan Kampung Baharu. Seramai 16 orang murid dari Kelas Pendidikan Khas adalah anak-anak istimewa yang kurang upaya dari daerah Jerantut. 

Kini pelbagai kejayaan telah diraih oleh sekolah dalam menyediakan modal insan berkualiti untuk menyahut seruan bangsa dan negara.


MOTO 

SEDERAP MEMACU KECEMERLANGAN INSAN DALAM MEMBANGUNKAN INTELEK, INTEGRITI DAN ILTIZAM

VISI 

MENJANA PENDIDIKAN BERKUALITI  KE ARAH KECEMERLANGAN POTENSI INDIVIDU BERTERASKAN WAWASAN 2020.

MISI

MENGEMBLENG USAHA DAN KERJASAMA WARGA SMK INDERAPURA DAN MASYARAKAT BAGI MEWUJUDKAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PELBAGAI BIDANG PENDIDIKAN


No comments:

Post a Comment