Monday, 24 December 2012

SEJARAH PENUBUHAN PSS

PSS SMK Inderapura mula beroperasi sejak pembukaan sekolah iaitu pada Januari  2005.
Sebagai sebuah sekolah yang baru SMKI mempunyai komplek bangunan yang lengkap memuatkan ruang untuk PSS yang luas dan selesa. 

Sungguhpun ia dimulakan dengan satu bilik yang kosong dan serba kekurangan namun berkat kesungguhan ahli-ahlinya yang bekerja keras untuk menyediakan ruang belajar yang lengkap, akhirnya PSS SMKI tampil sebagai sebuah tempat yang amat sering dikunjungi oleh para pelajar dan guru.

Dengan awalnya hanya ada beberapa rak, meja dan alat keperluan yang lain PSS telah dibekalkan dengan buku-buku dan lain-lain keperluan yang asas bagi sebuah PSS.

Pn. Habibah Bt Idrus telah dilantik untuk menguruskan PSS SMKI sejak awal pembukaannya pada tahun 2005 hingga kini.


VISI 

MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


MISI 

MENJADIKAN PSS SMKI SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT.MENJADIKAN PSS SMKI CERIA, MENARIK, BERTEKNOLOGI TERKINI DAN SESUAI UNTUK P&P


MOTO 

PUSAT SUMBER  SMK INDERAPURA KE ARAH KECEMERLANGAN BUDAYA


MATLAMAT

  1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah
  2. Membantu meningkatkan tahap profesionalisma guru-guru supaya lebih berilmu , dinamik , kreatif dan inovatif
  3. Membentuk golongan murid yang berilmu , dinamk , kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjan hayat
OBJEKTIF

  1. Menyediakan bahan dan buku bagi membantu guru dan murid melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran.
  2. Menyediakan bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri dikalangan murid.
  3. Membantu guru dan murid melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
  4. Mewujudkan satu iklim atau suasana yang dapat menggalakkan perubahan sikap di kalangan murid dan guru.
  5. Memupuk kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan mencari maklumat.
  6. Mengembangkan keyakinan diri kepada murid.
  7. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca dan menyiasat melalui sumber.



 


LATAR BELAKANG SEKOLAH

Lewat 1990 an, wujud keperluan mendirikan sebuah sekolah menengah harian biasa di bandar Jerantut ekoran tambahan pelajar yang mendadak di SMK Jerantut dan SMK. Temin. Awal abad ke 21, satu tapak telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut. 

Terletak di km 1 Jalan Jerantut-Benta, kerja-kerja mendirikan bangunan bermula pada awal 2002. Setelah pelbagai halangan ditempuhi, MTD construction berjaya menyiapkan satu kompleks bangunan yang menarik siap dibina pada akhir 2004. 

Pada 16 Nov 2004, 3 orang guru telah dilantik sebagai Penolong Kanan 1 (Care taker), Puan Rusma Bt. Md Taha, GPK Hem, En Ibrahim Bin Puteh dan GPK Koko, En Anwar Bin Osman. Memulakan operasi tugas di PPD Jerantut bagi persiapan sesi persekolahan 2005. 

2 Januari 2005 SMK Inderapura mula beroperasi dengan tenaga pengajar seramai 24 orang, staf sokongan 3 orang dan murid seramai 411 orang. Semua murid adalah pelajar dari sekolah berhampiran iaitu SMK Jerantut dan SMK Temin. 

Kemudahan asas sekolah adalah terbaik. Kini setelah hampir 6 tahun menjalankan peranannya, SMK Inderapura dipimpin oleh pengetua yang pertama, Puan Rusma Bt. Md Taha dan dibantu oleh 59 orang tenaga pengajar dan 12 orang staf sokongan .SMK Inderapura kini setanding dengan sekolah-sekolah yang lain. 

Sehingga kini, seramai 687 orang murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 termasuk 16 orang murid yang mengambil kelas pendidikan khas. 

Murid-murid yang belajar di SMK Inderapura datang dari kawasan sekitar seperti Kg Melayu, Perumahan LKNP, Kg Mat Kilau, Perumahan Batu 1 dan Batu 2, Taman perumahan sekitar serta dari kampung tradisional seperti Kampung Latar Kasah dan Kampung Baharu. Seramai 16 orang murid dari Kelas Pendidikan Khas adalah anak-anak istimewa yang kurang upaya dari daerah Jerantut. 

Kini pelbagai kejayaan telah diraih oleh sekolah dalam menyediakan modal insan berkualiti untuk menyahut seruan bangsa dan negara.


MOTO 

SEDERAP MEMACU KECEMERLANGAN INSAN DALAM MEMBANGUNKAN INTELEK, INTEGRITI DAN ILTIZAM

VISI 

MENJANA PENDIDIKAN BERKUALITI  KE ARAH KECEMERLANGAN POTENSI INDIVIDU BERTERASKAN WAWASAN 2020.

MISI

MENGEMBLENG USAHA DAN KERJASAMA WARGA SMK INDERAPURA DAN MASYARAKAT BAGI MEWUJUDKAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PELBAGAI BIDANG PENDIDIKAN


ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INDERAPURA
KM 1 JALAN BENTA
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR



PKG
PKG BANDAR JERANTUT
KOD SEKOLAH
CEA 2053
TARIKH DITUBUHKAN
02 / 01 / 2005
NAMA SEKOLAH
SMK INDERAPURA
NAMA PENGETUA
PN RAHANA BINTI ABDUL MALIK
GRED SEKOLAH
B
KATEGORI
LUAR BANDAR
JARAK KE BANDAR
5 KM
ALAMAT
KM1 JALAN BENTA
POSKOD
27000
BANDAR
JERANTUT
NEGERI
PAHANG DARUL MAKMUR
TELEFON
09 – 260 1261
FAKS
09 – 260 1264
EMAIL
Cea2053smkinderapura@yahoo.com

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
 WELCOME 
TO
SMK INDERAPURA