Sunday, 13 January 2013

FUNGSI PSS

  1. Mengumpul atau memperolehi bahan koleksi pelbagaijenis dan bentuk yang sesuai bagi pembelajaran. Diperolehi secara percuma , dibeli atau dibekalkan oleh pihak tertentu.
  2. Menghasilkan atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri, sama ada secara individu atau berkumpulan. Bahan yang dihasilkan dibeli atau barang terpakai.
  3. Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematis.
  4. Mengedar atau menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS. Ia dapat digunakan secara maksimum oleh murid dan guru.
  5. Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan dan alatan.

PERANAN PSS

  1. Pusat ilmu kerana mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak. Ia adalah pusat mengurus, memperoleh, menghasilkan dan menyebar sumber maklumat.
  2. Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. Ia juga menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan secara individu atau berkumpulan.
  3. Pusat pengajaran iaitu tempat guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan. Ia dapat menyediakan panduan, memberi galakan kepada guru atau murid bagi memilih, mencari, menghasilkan dan menggunakan media yang sesuai.
  4. Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan.
  5. Terdapat juga sumber kemahiran kepakaran, bahan-bahan sumber rujukan yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


PIAGAM PELANGGAN

  1. Membantu menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.
  2. Memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada semua pelanggan.
  3. Sentiasa melengkap dan mengemaskini bahan-bahan bantu mengajar
  4. Menyediakan kemudahan pinjaman bahan kepada semua pelajar dan guru.